mutakhir

12 rumah rosak dibadai ribut di Bagan Serai [METROTV]

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

RIBUT yang melanda Parit Mentara 3 di Bagan Serai tengah hari tadi menyebabkan 12 rumah rosak.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kebanyakan rumah penduduk mengelami kerosakan di bahagian bumbung apabila diterbangkan angin.

Seorang mangsa, Mohd Sofian Aran, 32, berkata ketika kejadian hanya ibu dan seorang abangnya berada dirumah manakala dia sedang berkerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Menurutnya sejurus menerima panggilan dari rakan di kampung mengenai kejadian ribut yang membabitkan rumahnya, dia memohon kebenaran dari majikannya untuk pulang ke rumah.

"Sebaik sampai di rumah saya terkejut dapati bumbung utama rumah diangkat angin dan menimpa bahagian tandas di bahagian belakang rumah.

"Ini kali ketiga rumah saya terjejas akibat ribut sepanjang tinggal di kampung ini," katanya ditemui media selepaa menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Sahabat Parlimen Bagan Serai.

Dalam pada itu Noor Azmi berkata kejadian ribut itu menyebabkan sekurang-kurangnya, 12 buah rumah di Parlimen Bagan mengalami kerosakan.

Menurutnya, Pejabat Khidmat Parlimen Bagan Serai dijangka menanggung kos membaik pulih kediaman yang rosak dalam kejadian ribut itu.

"Hari ini kita turun padang bagi meninjau tahap kerosakan dan turut menyampaikan bantuan awal kepada semua mangsa.

"Berikutan kekerapan bencana alam seperti ribut dan banjir berlaku di Kerian khususnya di Parlimen Bagan Serai, pusat khidmat kami sebenarnya menyediakan peruntukkan RM500,000 khas setiap tahun bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

"Diharapkan pihak kerajaan dapat mengkaji semula bentuk dan jumlah peruntukkan atau bantuan bagi membantu mangsa-mangsa bencana disini," katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2020 @ 8:19pm
d