mutakhir

Rezeki durian gergasi

Oleh Ahmad Ismail

"SAYA biasa menerima durian bersaiz besar, tetapi ini kali pertama durian gergasi seberat 12 kilogram ditemui hingga ada yang sanggup menawarkan harga tinggi," kata peraih durian, Samsuri Ahmad, 54.

Samsuri berkata, ada pelanggan sanggup menawarkan RM200 bagi membelinya mendakwa untuk diawetkan buat kenangan.

"Saya menyedari kelainan pada durian berkenaan apabila memeriksa timbunan durian dalam raga dihantar pekebun kepadanya pagi tadi," katanya ditemui di lokasi pengumpulan durian di Kampung Paya Jakas, Jementah, Segamat, hari ini.

Katanya, berbeza daripada yang biasa dilihat ia dianggap rezeki yang tidak diduga namun menolak tawaran pelanggan itu kerana ingin menikmati rasanya bersama rakan.

"Terdapat 12 ulas durian di dalam enam pangsanya selain berasa lemak manis.

"Buah durian normal mempunyai berat sekitar 800 gram hingga 3 kilogram.

"Selain beratnya amat berbeza daripada yang biasa dilihat ukuran lilitan buahan itu ialah kira-kira 80 sentimeter tidak pernah ditemuinya," katanya.

Menurutnya, pekebun berusia 50an itu mendakwa menggunakan baja organik berkemungkinan disebabkan itu pembesaran durian berlaku namun kurang pasti bakanya.

"Bagaimanapun, pekebun itu menyatakan hanya sebiji sahaja buahan gergasi itu dihasilkan dari pulohan pokok durian ditanamnya.

"Kali pertama beliau melihat durian sebesar itu selama 30 tahun melibatkan diri sebagai peraih durian.

"Selama ini beliau hanya mengetahui durian gergasi memang wujud di luar negara melalui media massa tetapi hari ini berpeluang melihatnya secara langsung," katanya.

Disiarkan pada: June 14, 2020 @ 1:00pm
d