mutakhir

Mayat terakhir nelayan ditemui

Oleh Norsyazwani Nasri

MAYAT seorang lagi mangsa bot nelayan karam di kawasan perairan Muara Pantai Belawi, Sarikei, Sabtu lalu, ditemui 8.30 pagi hari ini.

Mayat Elfika Ahmad, 29, ditemui terapung di Sungai Bako Tanjung Jerijih oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pengecaman dan pengesahan mayat mangsa telah dilakukan abangnya.

"Dengan penemuan mayat kedua ini operasi SAR ditamatkan pada 10 pagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, mayat Ibrahim Abang Rasidi, 52, yang juga Pengerusi Nelayan Kawasan (PNK) Gerigat terapung berhampiran lokasi bot karam oleh penduduk kampung pada 8.05 pagi.

Dalam kejadian 7.30 pagi Sabtu lalu, bot dinaiki nelayan berkenaan karam di Muara Pantai Belawai dan disedari rakan mereka daripada 11 bot lain.

Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 1:09pm
d