mutakhir

Sidang media KKM 3 kali seminggu [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hari ini adalah hari terakhir sidang akhbar KKM bersiaran secara langsung setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mulai minggu ini, sidang akhbar hanya akan dibuat tiga kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

"KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan luar negara melalui maklumat diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Orang awam secara amnya diingatkan untuk sentiasa mengamalkan nasihat kesihatan iaitu elakkan 3S/3C: iaitu elakkan kawasan sesak (crowded place), elakkan kawasan sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close conversation).

" Pada masa sama amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan ingat amaran KKM (warn)," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 6:53pm
    d