mutakhir

Sudahlah mabuk, langgar orang pula

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TINDAKAN seorang lelaki memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang lelaki di Petaling Jaya mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada 9.44 malam, anggota polis peronda (MPV) menahan suspek berusia 55 tahun terbabit selepas memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar orang.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

"Hasil ujian pernafasan melalui mesin evidential breath analyzer (EBA) mendapati suspek di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan semasa memandu.

"Suspek yang juga pemandu teksi ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Disiarkan pada: June 16, 2020 @ 7:31pm
d