mutakhir

Pengiring MB Perak meninggal dunia

Oleh Balqis Jazimah Zahari

PENGIRING kepada Menteri Besar Perak, SM Azizi Hussin meninggal dunia 2.30 petang tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Arwah yang mengalami jangkitan kuman selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Baru Masjid Jammiur Makmur, Kulim, Kedah pada jam 10 malam tadi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui Facebook beliau menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.

"Dengan rasa hiba dan dukacita yang amat mendalam dimaklumkan bahawa SM Azizi Hussin, Pengiring MB Perak meninggal dunia.

"Jenazah dibawa pulang ke Jammiur Makmur untuk dikebumikan malam ini," katanya.

Beliau berkata, Pejabat Menteri Besar Perak dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Mohon muslimin dan muslimat sedekahkan pahala surah al-Fatihah buatnya dan mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-sebaik ganjaran syurga," katanya.

Disiarkan pada: June 16, 2020 @ 11:40pm
d