mutakhir

Mayat warga emas ditemui dalam parit

Oleh Melvin Joni

MAYAT seorang lelaki warga emas ditemui terbaring di dalam parit berhampiran rumahnya di Kampung Haji Baki di Padawan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mayat lelaki itu ditemui orang awam yang bertindak menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, sekitar jam 10.40 pagi.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Yusuf Sulaiman, 60.

"Siasatan awal polis percaya mangsa terjatuh ke dalam parit di tepi simpang masuk ke rumahnya.

"Kakak mangsa, Hajiah Sulaiman memberitahu kali terakhir mangsa duduk di tepi parit berkenaan sekitar jam 11 pagi semalam.

"Namun hanya pada pagi ini, ahli keluarganya menemui mangsa mati di dalam parit itu," katanya.
Aidil berkata, pemeriksaan terhadap badan mangsa mendapati tiada kesan kecederaan.

Katanya, berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa adalah seorang peminum arak tegar dan sering membuat kacau apabila mabuk.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: June 17, 2020 @ 1:50pm
d