mutakhir

Tujuh positif daripada 64 saringan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

TUJUH individu didapati positif Covid-19 daripada Kluster Pusat Jagaan Warga Emas di Kuala Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 64 individu disaring setakat 12 tengah hari, hari ini.

Menurutnya, saringan itu membabitkan 12 kakitangan, 24 penghuni, 10 ahli keluarga, 13 petugas kesihatan dan lima orang awam.

"Hasil saringan terbabit, tujuh didapati positif, 43 kes negatif dan 14 masih menunggu keputusan.

"Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di pusat jagaan berkenaan.

"Kakitangan pusat jagaan turut diberi taklimat mengenai amalan pencegahan seperti penjarakan sosial selamat dan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) semasa pengurusan penghuni," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, pusat jagaan itu masih beroperasi seperti biasa dan penghuni dikuarantin di pusat itu.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau kesihatan penghuni rumah jagaan warga emas itu dan mereka yang bergejala akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 17, 2020 @ 6:22pm
    d