mutakhir

Lima rumah kedai musnah [METROTV]

Oleh Amran Yahya

LIMA rumah kedai sederet dua tingkat muenah dalam kebakaran di Pekan Kuala Pilah, malam tadi.

Dalam kejadian 9.50 malam, premis yang musnah terdiri kedai alat ganti kereta, kedai kasut, kedai cermin mata, kedai buku serta kedai pakaian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Ahmad Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.11 malam.

Katanya, seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, BBP Seri Menanti, BBP Bahau serta BBP Seremban 2 dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.

"Walaupun ketika panggilan diterima memaklumkan hanya tiga buah kedai terbabit kebakaran, namun selepas kerja-kerja pemadaman selesai pada 1.30 pagi, kami dapati terdapat lima kedai musnah," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.

Disiarkan pada: June 18, 2020 @ 7:18am
d