mutakhir

Gangguan bekalan air di Seremban, Jelebu

Oleh Mohd Amin Jalil

SEBANYAK 25 kawasan di Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam pada 23 Jun ini, susulan kerja senggaraan dan penyelenggaraan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, kerja-kerja itu membabitkan Loji Rawatan Air miliknya yang dilakukan pihaknya dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, 15 lokasi terjejas di Seremban adalah, pusat bandar; Mambau; Rasah; Rahang; Temiang; Lobak; Templer; Seremban 2; Seremban 3; Desa Rhu; Ampangan; Senawang; Paroi; Jalan Tampin dan Sungai Gadut.

"Manakala bagi Jelebu pula, 10 kawasan terbabit iaitu seluruh Pasoh 1, 2, 3 dan 4; Simpang Pertang; Pekan Pertang; kawasan Industri Simpang Pertang; Kampung Orang Asli Batu 17; Kampung Orang Asli Parit Gong dan Geylang.

"Gangguan bermula 8 pagi, 23 Jun hingga 8 pagi keesokan harinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norzita berkata, bekalan air dijangka kembali seperti biasa secara berperingkat namun kawasan tinggi dijangka mengambil masa lama.

Menurutnya, dalam tempoh itu, lori tangki dan tangki statik akan ditempatkan di kawasan terjejas sekiranya gangguan melebihi 24 jam.

Disiarkan pada: June 18, 2020 @ 10:59am
d