mutakhir

Hannah Yeoh ke Bukit Aman, Selasa depan

Oleh Faris Fuad

BEKAS Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh akan dipanggil ke Bukit Aman, Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya didakwa berunsur hasutan dalam Facebook.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan Ahli Parlimen Segambut itu akan dirakam Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Hannah Yeoh akan dipanggil ke Bukit Aman, Selasa depan. Keterangan Ahli Parlimen Segambut itu akan direkod USJT Bukit Aman," katanya pada BH, hari ini.

Semalam, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dilaporkan berkata, kes membabitkan bekas menteri itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis memulakan siasatan pada 11 Mac lalu selepas tular kenyataan Hannah Yeoh di FB yang mempunyai kecenderungan menghasut dan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni.

Disiarkan pada: June 18, 2020 @ 3:45pm
d