mutakhir

Tak sempat lari

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

CUBAAN seorang lelaki melarikan diri selepas melanggar penghantar makanan di Batu 2 1/2, Taiping, gagal apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam kejadian 7.50 malam itu, suspek berusia 24 tahun yang menunggang sebuah motosikal dikatakan melanggar mangsa dan menyebabkan dia terbabas.

Menurutnya, suspek bangun dan melarikan diri ketika anggota polis cuba menahannya.

"Akibat takut ketika dihampiri polis yang berada di lokasi kejadian, suspek cuba melarikan diri namun ditahan.

"Dalam pada itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan reman dan akan dituduh di mahkamah esok.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: June 18, 2020 @ 11:54pm
d