mutakhir

300 petualang seludup PATI diburu

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KUALA LUMPUR: Lebih 300 tekong dan dalang warga tempatan yang disyaki terbabit kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) diburu pihak berkuasa.

National Task Force (NTF) pada kenyataan hari ini berkata, identiti kesemua suspek yang berada di seluruh negara itu sudah dikenal pasti.

"Kesemuanya akan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Rakyat tempatan, khususnya warga maritim seperti nelayan, pemilik, operator bot serta pemancing akan dikenakan tindakan sekiranya didapati terbabit dengan kegiatan itu.

"Mereka juga berdepan tindakan pembatalan lesen menangkap ikan, memancing dan lesen mengoperasikan bot penumpang atau rekreasi," kata.

Menurut kenyataan, tindakan penguatkuasaan bukan sahaja tertumpu di perairan tetapi juga semua sempadan darat negara.

NTF menerusi Op Benteng akan menggempur hingga akar umbi bagi memastikan tiada pendaratan Pati khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengelak risiko jangkitan wabak Covid-19 serta tiada pelanggaran undang-undang.

Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 5:23pm
d