mutakhir

Kedai pemborong plastik musnah terbakar

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KEDAI pemborong barangan plastik berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kepong-Kuala Selangor, di Sungai Buloh musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.42 pagi.

"Seramai 27 pegawai dan anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Batu Arang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kedai perabot itu sudah terbakar 90 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.06 pagi.

"Anggota bomba yang berada di lokasi menggunakan air pili bomba sepenuhnya untuk mengawal kebakaran di bahagian depan kedai itu.

"Selain itu, mereka juga bertindak mengambil air dari longkang berdekatan untuk mengawal api di bahagian belakang lokasi berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 8:33am
d