mutakhir

Muar dilanda banjir kilat

Oleh Essa Abu Yamin

HUJAN lebat lebih dua jam bermula 5 pagi hari ini, mengakibatkan beberapa kawasan di Muar dilanda banjir kilat.

Antara kawasan terjejas termasuk beberapa buah kawasan di Kampung Sabak Awor, Taman Bakariah dan Parit Jamil.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muar, beberapa jalan utama yang dinaiki air di Jalan Bakri Batu 9, Jalan Bakri Batu 10, Jalan Kangkar Senangar dan Jalan Dato Haji Kosai.

"Terdapat beberapa jalan utama yang dinaiki air tidak boleh dilalui kenderaan berat dan ringan.

"Hujan lebat melebihi 100 Milimeter (MM) mulai jam 5 pagi di beberapa stesen bacaan hujan daerah Muar dan air pasang telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan agensi berkaitan masih menjalankan pemantauan, katanya.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 10:12am
d