mutakhir

Tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Menteri

Oleh Mahaizura Abd Malik

KEPUTUSAN menilai semula kadar tarif elektrik akan dilaksanakan kerajaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kajian menilai kadar tarif elektrik sedia ada mempunyai jangka tempoh tertentu.

"Untuk tarif elektrik memang kita ada tempoh mesti kita buat kajian.

"Insya-Allah kita akan buat pengumuman selepas ini.

"Saya beri jaminan setiap kajian kita buat, kepentingan rakyat tetap kita beri keutamaan," katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang membuka peluang kepada pihak lain bagi menjadi pesaing TNB yang mendominasi perkhidmatan bekalan elektrik negara.

"Setakat ini kerajaan tidak buat keputusan, sebab sektor tenaga ini kepentingan kepada kerajaan.

"Kalau sektor tenaga ini ada banyak ia akan menyusahkan kita untuk buat kawalan, " katanya.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 2:03pm
d