mutakhir

Covid-19: Kluster Pedas rekod 316 kes positif setakat ini [METROTV]

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

KLUSTER Pedas merekodkan sebanyak 316 kes positif Covid-19 sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan direkodkan daripada 957 saringan dilakukan membabitkan 844 kontak di tempat kerja dan 113 ahli keluarga.

Katanya, kes positif kluster ini membabitkan 14 kes dalam kalangan warga Malaysia dan 302 kes bukan warganegara.

"Nepal (163), Bangladesh (67), Myanmar (35), Indonesia (31), India (4) dan masing-masing satu kes bagi warga Vietnam dan kemboja," katanya.

Mengimbas kembali kluster ini, Dr Noor Hisham berkata, ia bermula dalam kalangan pekerja tempatan sebelum berjangkit atau menular kepada pekerja asing.

Menjelaskan lanjut, katanya, pekerja asing itu adalah terasing daripada masyarakat dan tidak memberi risiko kepada umum.

"Ingin dimaklumkan bahawa kes-kes positif baharu kluster ini (12 kes) sudah dikesan hasil daripada saringan Covid-19 yang kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 5:36pm
    d