mutakhir

Siasat sama ada masalah kenderaan atau sebaliknya

Oleh Recqueal Raimi

POLIS masih menyiasat punca sebenar kemalangan maut di Kilometer 83, Jalan Ranau - Tamparuli berhampiran Loji Rawatan Air Pekan Nabalu, Kota Belud yang membabitkan tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sama ada disebabkan masalah kenderaan atau sebaliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati trak tentera dipandu mangsa, LK I Mohamad Firdaus Mat Izan dari pangkalan TLDM Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Sandakan menuju pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar.

Katanya, trak terbabit turut diiringi kenderaan milik TLDM jenis Proton FLX di belakang dan MPV milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di hadapan.

"Sebaik melalui laluan selekoh menuruni bukit, trak dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kanan jalan."

"Akibat itu, tiga anggota TLDM termasuk pemandu disahkan meninggal dunia manakala seorang penumpang mengalami kecederaan," katanya dihubungi.

Menurutnya, sebarang kenyataan mengenai kenderaan terbabit tidak dapat dikemukakan kerana ia perlu dihantar ke puspakom terlebih dahulu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Berita berkaitan

3 anggota TLDM maut kemalangan

Punca kemalangan masih disiasat

Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 8:18pm
d