mutakhir

Penduduk gempar jumpa bom

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEBUTIR bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Taman Desa Raya, Hulu Langat, di Kajang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom lama berkenaan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menunggu Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi mengetahui butiran lanjut mengenai objek berkenaan yang ditemui orang awam sekitar jam 6 petang tadi.

"Polis belum menerima apa-apa maklumat mengenai objek berkenaan.

"Bom jenis apa dan tahun bila, polis belum terima apa-apa maklumat. Kita masih menunggu UPB," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, penduduk di taman perumahan berkenaan gempar apabila menemui bom lama di kawasan berkenaan.

Objek berukuran kira-kira 30 sentimeter itu ditemui orang awam dan pihak polis sudah menutup kawasan itu dengan memasang pita keselamatan.

Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 11:35pm
d