mutakhir

Datuk 'Profesor' disyaki salah guna kuasa

Oleh BERNAMA

SEORANG bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa ketika menganjurkan satu program kayuhan pada 2016.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 60-an yang juga 'Profesor' itu ditahan pada 10.30 pagi, hari ini di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya ketika hadir memberikan keterangan.

"Semasa suspek memegang jawatan CEO di yayasan tersebut, beliau telah melantik syarikat miliknya sebagai rakan strategik bagi menganjurkan sebuah program kayuhan di utara tanah air dengan kos berjumlah melebihi RM150,000," katanya, hari ini.

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin berjumlah RM10,000.

Disiarkan pada: June 25, 2020 @ 2:57pm
d