mutakhir

Mana mahu lari?

Oleh Redzuan Muharam

IBU Pejabat Polis Daerah (lPD) Cheras memburu dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menerusi satu kenyataan media, kedua-dua suspek terbabit dikesan bagi tujuan siasatan.

"Suspek pertama adalah seorang lelaki bernama Koh Xian Heng berumur 26 tahun dengan alamat terakhirnya di Nombor 20, Jalan 7/7, Taman Indah, Batu 11, Batu 9, Cheras, Selangor.

"Manakala, seorang lagi suspek adalah wanita bernama Yoong Wei Cheng, berumur 23 tahun dengan alamat terakhir di nombor 305, Jalan SS 2/2, Sea Park, Petaling Jaya, Selangor," katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Cheras, lnspektor V.R Kalidasan di talian 011-16367407 atau 03-92050357 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian

03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 8:38pm
d