mutakhir

Cari 3 saksi perbicaraan

Oleh Hamzah Osman

POLIS sedang mengesan tiga lelaki yang menjadi saksi perbicaraan kes dadah yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Alor Setar, 5 hingga 7 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki itu Muhammad Redzuan Talib, 30, yang alamat terakhir Nombor 30, Perumahan Keda, Mukim Kuah, Langkawi.

Katanya, polis turut mengesan dua lagi lelaki, Muhammad Azaninikmat Abd Razak, 22, beralamat Nombor 373B, Kampung Bukit Puteh, Langkawi selain Mohamad Faiz Zuki, 21, di alamat Nombor 70, Kampung Benggali Enggok Malau, Kulim.

"Kesemua mereka itu diminta tampil bagi menjadi saksi perbicaraan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sekiranya gagal hadir pada hari perbicaraan tanpa sebarang alasan dan sebab, mahkamah akan mengeluarkan waran kepada semua saksi terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norfarahdila Mohd Nordin di talian 010-3654292 atau mana-mana balai berdekatan.

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 8:44am
d