mutakhir

6 pusat pemindahan dibuka di Sabah [METROTV]

Oleh Rafiqah Dahali

ENAM pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di Sabah yang dilanda banjir sejak semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah merangkap Sekretariat Pengurusan Bencana Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, dua PPS di Kota Belud, tiga di Penampang dan satu PPS dibuka di Papar.

"Di Kota Belud 107 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Tun Said dan lapan orang di Dewan Muhibah Kampung Tombol.

"Di Penampang pula, PPS Pusat Kebudayaan Penampang menempatkan 34 orang mangsa, PPS Dewan Remayah menempatkan mangsa seramai tujuh orang dan PPS Dewan Limbanak pula menempatkan 13 orang mangsa.

"Sementara itu, 60 mangsa telah ditempatkan di Dewan Masyarakat Papar setakat ini," katanya

Kamal turut berkata, daerah Kota Marudu, Keningau, Pitas, Membakut, Tenom, Putatan dan Tuaran turut terjejas banjir.

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 2:02pm
d