mutakhir

11 remaja lelaki dikompaun main bola sepak

Oleh Nur Izzati Mohamad

POLIS menahan 11 remaja lelaki selepas didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila bermain bola sepak di padang permainan di Taman Bagan, Butterworth, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd berkata, mereka berusia 19 hingga 23 tahun ditahan ketika anggota polis menjalankan rondaan pada 1.30 pagi.

"Ketika disoal mereka gagal memberi alasan munasabah berada di luar kediaman selari dengan PKPP.

"Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Peraturan (3) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Katanya, orang ramai diharap terus memberikan kerjasama dengan mematuhi PKPP kerana penularan pandemik Covid-19 belum berakhir.

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 4:12pm
d