mutakhir

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS memburu seorang lagi suspek dikenali EL berusia 26 tahun bagi membantu siasatan penemuan mayat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmad berkata, EL atau Sheikh Ismail Sheikh Hassan beralamat No. J-2-01, Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang dan No J-3-29, Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang dicari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Fadzil berkata, semua suspek yang ditahan terdiri daripada enam lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh masing-masing direman antara tiga hingga tujuh hari.

"Dua lelaki yang ditahan kelmarin direman seminggu sementara dua lagi lelaki direman lima hari.

"Sementara seorang lelaki dan suspek warga Bangladesh yang ditahan semalam direman lima hari manakala seorang lagi direman tiga hari," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Fadzil berkata, kesemua suspek yang direman berusia 20 hingga 56 tahun dan bantuan orang ramai diperlukan untuk membantu mengesan EL.

"Proses bedah siasat masih berjalan dan akan disambung Khamis ini," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan penculik menuntut wang tebusan S$50 juta (RM154 juta) bagi melunaskan hutang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Itu motif tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki menculik lelaki berusia 55 tahun sebelum mayatnya ditemui.

Perbuatan suspek itu terbongkar hasil siasatan dan penahanan mereka menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak kelmarin.

Berita berkaitan

Datuk Seri diculik ditemui mati

Tebusan RM154 juta diminta [METROTV]

Datuk jadi dalang

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 4:46pm
d