mutakhir

Remaja lemas mandi air terjun

Oleh Md Fuzi Abd Lateh

REMAJA lelaki ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat di Jalan Kampung Gurney dekat Batang Kali, hari ini.

Mangsa dikenali Muhammad Arif Azif, 18, dilapor lemas pada 1.17 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Kamil Hamdan berkata, mayat mangsa dijumpai pada kedalaman 2.4 meter.

"Operasi mencari dan menyelamat digerakkan selepas menerima panggilan dan anggota melakukan selaman di kawasan dilapor hilang.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 6:19pm
d