mutakhir

EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SUSPEK dikenali EL berusia 26 tahun yang diburu polis bagi membantu siasatan penemuan mayat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang sudah ditahan polis malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, EL atau Sheikh Ismail Sheikh Hassan ditahan 7.30 malam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis kini mengesan seorang lagi individu Vikneswarar Nagentiran atau Thamby@Vinod, 28, yang beralamat di New Green Park, Rawang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat sila salurkan kepada pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Farouq Fakhzan Mohd Nordin, di talian 017-2251403," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan polis memburu seorang lagi suspek dikenali EL bagi membantu siasatan penemuan mayat Datuk Seri di kawasan belukar.

Berita berkaitan

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Tebusan RM154 juta diminta [METROTV]

Datuk Seri diculik ditemui mati

Disiarkan pada: June 29, 2020 @ 4:33pm
d