mutakhir

Tiga pendaki sesat ditemui selamat

Oleh Mohd Amin Jalil

TIGA pendaki yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Berembun, Jelebu, petang semalam, ditemui selamat, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tiga lelaki berkenaan berusia 20-an dan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.08 petang semalam.

"Operasi mencari mangsa membabitkan 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban.

"Dua daripada lelaki itu turun sendiri pada 6.46 pagi hari ini manakala seorang lagi mangsa ditemui pihak bomba dalam keadaan selamat.

"Bagaimanapun, mangsa terbabit didapati cedera di kaki dan dibawa turun pada 7.45 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: June 29, 2020 @ 4:49pm
d