mutakhir

Tiada aktiviti luar bilik darjah [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TIADA sebarang aktiviti luar bilik darjah membabitkan sukan atau kokurikulum dibenarkan apabila sesi persekolahan bermula pada 15 Julai kelak.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihak kementerian melarang sebarang aktiviti luar bilik darjah diadakan bagi memastikan isu penjarakan sosial dipatuhi.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Selain itu saya yakin murid-murid tahun 1 dan tahun 2 mampu mematuhi arahan penjarakan sosial di bilik darjah apabila sesi persekolahan mereka bermula 22 Julai kelak.

"Saya juga berharap ibu bapa turut dapat memberi nasihat kepada anak-anak supaya mematuhi garis panduan ditetapkan," katanya.

Ditanya persediaan pihak sekolah sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 di sekolah, beliau berkata, perkara utama adalah pihak sekolah merujuk perkara itu dengan pihak KKM terhadap langkah perlu dilaksanakan dan mematuhi sepenuhnya arahan KKM.

Berita berkaitan:

  • Tiga model pengoperasian sekolah jadi panduan
  • Sekolah dibuka sepenuhnya bermula 15 Julai ini
  • Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 5:17pm
    d