mutakhir

Culik Datuk Seri: Kes diklasifikasikan bunuh

Oleh Amir Abd Hamid dan Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS mengklasifikasikan kes penculikan dan kematian ahli perniagaan bergelar Datuk Seri Sabtu lalu sebagai bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Mangsa berumur 55 tahun yang juga pemaju hartanah diculik ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

Sebelum ini, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat esok bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Ahli politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai menjadi dalang utama penculikan itu.

Mayat ditemui di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, jam 9 pagi Sabtu lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penculik menuntut wang tebusan S$50 juta (RM154 juta) bagi melunaskan hutang mangsa.

Setakat ini sembilan suspek sudah ditahan termasuk Datuk yang dipercayai menjadi dalang utama itu.

Berita berkaitan

Thamby sudah menyerah diri

EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Tebusan RM154 juta diminta [METROTV]

Datuk Seri diculik ditemui mati

Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 6:46pm
d