mutakhir

4,000 kes denggi di seluruh Johor [METROTV]

Oleh Nurul Amanina Suhaini

KIRA-KIRA 4,000 kes denggi dilaporkan di negeri ini sejak awal tahun hingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, pihaknya kini giat menjalankan kempen kesedaran bahaya denggi di seluruh negeri berikutan situasi terbabit.

"Daerah Johor Bahru merekodkan kes denggi paling tinggi. Perangkaan kes mengikut daerah akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri akan teruskan kempen bahaya denggi. Pada masa sama, masyarakat juga perlu bekerjasama memerangi wabak ini," katanya ditemui selepas program Ziarah PERKESO di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, hari ini.

Pada program itu, Vidyananthan menyampaikan bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada A Pathmanathan, 50.

Pathmanathan yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori menghidap penyakit buah pinggang sejak April tahun lalu sebelum melarat kepada kencing manis dan masalah jantung.

Pathmanathan menerima pencen bulanan RM1,477.46.

Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 7:34pm
d