mutakhir

Jumlah mangsa banjir Sabah kekal

Oleh BERNAMA

JUMLAH mangsa banjir di Sabah yang masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal 36 mangsa daripada lapan keluarga setakat 8 pagi, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan hanya satu PPS di Daerah Kota Belud masih dibuka.

"Manakala semua PPS lain telah ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang kerana keadaan banjir yang telah pulih," katanya.

Sebelum ini 11 daerah dan melibatkan 152 kampung di Sabah terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat Sabtu lepas, namun kini keadaan banjir hampir pulih sepenuhnya.

Disiarkan pada: July 2, 2020 @ 11:15am
d