mutakhir

Kes baharu di Kluster Bukit Bintang

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KLUSTER Bukit Bintang mencatatkan satu kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari ini menjadikan sebanyak 11 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif itu membabitkan 10 warga Bangladesh dan seorang warga Malaysia.

Menurutnya, seramai 304 orang disaring membabitkan 204 bukan warga dan 100 warga tempatan.

"Daripada jumlah itu, 293 orang adalah negatif Covid-19 dan ingin dimaklumkan bahawa kes positif baharu ini dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.

"Mereka masih diasingkan di pusat kuarantin, manakala kes positif Covid-19 dimasukkan ke hospital," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, justeru ia tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat.

"Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 2, 2020 @ 5:38pm
    d