mutakhir

FELDA nafi ada pengambilan peneroka baharu

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menafikan ada membuat tawaran pengambilan peneroka di FELDA Palong Satu hingga 16 seperti yang tular di apslikasi Whatsapp, hari ini.

Jurucakap FELDA berkata, iklan pengambilan tertutup bagi kekosongan jawatan sebagai peneroka itu palsu dan tidak benar sama sekali.

FELDA turut meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan lagi maklumat palsu berkenaan.

Mereka yang sengaja menyebarkan maklumat palsu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau media sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hari ini tular mengenai kekosongan jawatan peneroka di tanah rancangan di Negeri Sembilan.

Menerusi iklan berkenaan mereka yang berjaya akan mendapat tanah kekal ladang empat hektar dan 0.1 hektar tapak rumah selain pinjaman perumahan boleh dijelaskan secara ansuran.

Disiarkan pada: July 2, 2020 @ 10:36pm
d