mutakhir

Majlis Fatwa Negeri Sabah perluas kebenaran laksana solat Jumaat, Aidiladha

Oleh Rafiqah Dahali

MAJLIS Fatwa Negeri Sabah memutuskan untuk memperluaskan kebenaran pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata kebenaran terbabit membolehkan solat Jumaat mula dilaksanakan di surau terpilih.

"Kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat mula diberikan kepada surau yang terpilih tertakluk kepada kebenaran pihak berwajib.

"Kita juga membenarkan untuk memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang solat di masjid dan surau yang sedia ada namun harus mematuhi prosedur operasi standard ( SOP ) terkini yang telah ditetapkan," katanya.

Selain itu, Bungsu turut berkata solat hari raya Aidiladha juga turut dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau tanpa mengabaikan SOP.

Disiarkan pada: July 3, 2020 @ 12:20pm
d