mutakhir

Jamal dicari SPRM

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu perbicaraan kes SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, lelaki terbabit, Jamal Majini, 56, mempunyai alamat terakhir di No 3152, Lorong B11, Taman Sibiew Indah, RPR Sibiew, 97000 Bintulu, Sarawak.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Jamal diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhammad Izwannuddin Garpar di talian 018-2308617 / 03-88700472 atau e-mel ke alamat izwanuddin@sprm.gov.my.

Disiarkan pada: July 3, 2020 @ 6:09pm
d