mutakhir

Kalau belum ajal...

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itu berlaku kepada seorang lelaki yang terselamat meskipun lori dipandunya dihempap kontena dalam kejadian di Bandar Sultan Suleiman di Klang, hari ini.

Video kemalangan pada 3.50 petang menunjukkan kepala lori terbabit remuk dihempap kontena seberat kira-kira 10 tan manakala mangsa masih berada di dalam kenderaan itu, tular di media sosial.

Namun, tidak diketahui ke mana lokasi pemandu lori itu tuju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mangsa hanya mengalami kecederaan kecil," katanya.

Disiarkan pada: July 3, 2020 @ 11:53pm
d