mutakhir

Koperasi, ayuh sama-sama pacu ekonomi

Oleh Yusmizal Dolah Aling

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Institut Koperasi Malaysia (IKM) akan menyelaraskan tindakan untuk mewujudkan kesedaran menerusi pendidikan juga inovasi teknologi terkini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bertepatan dengan tema Hari Koperasi Antarabangsa hari ini iaitu 'Co-operative For Climate Action', ia dapat menyatukan seluruh masyarakat koperasi.

"Kami harap koperasi di negara ini menjadikannya satu wadah perjuangan untuk bersatu meningkat dan membangunkan sosio-ekonomi secara bersama dengan mengamalkan prinsip dan amalan berkoperasi bagi mencapai kemakmuran bersama.

"Selaras dengan tema Hari Koperasi Antarabangsa 2020, saya menyeru gerakan koperasi bersama-sama menyahut cabaran untuk membangunkan ekonomi tanpa melupakan perlindungan terhadap persekitaran dengan meningkatkan penggunaan teknologi hijau," katanya pada kenyataan.

Disiarkan pada: July 4, 2020 @ 5:03pm
d