mutakhir

Sudah maklum JIM - Shafie Apdal

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

KEPUTUSAN kerajaan negeri Sabah membenarkan pekerja asing dari China masuk ke negeri itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah membawa masuk itu adalah kerana pembangunan Sabah tertangguh kerana ketiadaan tenaga kerja berkemahiran dari negara itu seperti jurutera.

"Saya sudah maklumkan mereka... Waktu itu ada daripada JIM dan saya maklumkan kepada pihak JIM.

"Mungkin saya tidak hubungi menteri dia, tapi JIM ada di situ dan kita minta supaya diselaraskan...apa yang penting kita selesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran Minyak Masak Jenama 'Gold' Keluaran Syarikat Intipati Sawit Kinabalu Sendirian Berhad, di Sandakan, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sabah tidak pernah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan berhubung keputusan membenarkan pekerja dari China masuk ke negeri itu.

Pada 1 julai lalu, Sabah memberikan kebenaran kepada pekerja dari China masuk ke Sabah.

Disiarkan pada: July 4, 2020 @ 9:12pm
d