mutakhir

4 kes polio dikesan di Sabah dan Labuan [METROTV]

Oleh Omar Ahmad

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat kes terbaru polio di Sabah dan Labuan, minggu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, empat kes itu membabitkan bayi berusia tiga bulan, kanak-kanak berusia tiga, lapan dan 11 tahun.

Katanya, kes itu membabitkan satu warga negara dan tiga bukan warga negara.

"KKM ingin maklumkan empat kes polio dikesan di Sabah dan Labuan. Sehubungan itu, KKM akan membuat buat tindakan awal mengesan sekiranya ada kes polio berlaku di seluruh negara.

"Saya juga ingin menasihatkan ibu bapa supaya memberi anak mereka vaksinasi polio yang disediakan kerajaan secara percuma," katanya selepas majlis penyerahan pelitup mulut dan sabun kepada 56 sekolah di Parlimen Tenggara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi, hari ini.

Sementara itu, mengenai perkembangan kejadian kebakaran di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Adham berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah pendawaian.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Disiarkan pada: July 5, 2020 @ 2:42pm
d