mutakhir

Perlu kekal momentum khidmat cemerlang

Oleh Asrol Awang

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Mohd Sharim Md Zin yang baharu memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini perlu menunaikan tanggungjawab dengan cemerlang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, cberkata, Mohd Sharim diharap meneruskan legasi perkhidmatan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun sepanjang menjadi ADUN Chini.

Sehubungan itu, beliau mendoakan Mohd Sharim dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab.

"Beliau (Mohd Sharim) juga diharap mampu meneruskan legasi perkhidmatan cemerlang Allahyarham Abu Bakar.

"Tahniah saya ucapkan kepada Mohd Sharim atas kejayaan memenangi PRK Chini.

"Kejayaan ini tentulah hasil usaha dan sokongan pelbagai pihak tidak kira yang terbabit secara langsung dan tidak langsung.

"Terima kasih juga kepada pengundi (DUN Chini) yang memilih calon BN sebagai nadi suara tuan-tuan dan puan-puan," katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Dalam pengundian PRK DUN Chini yang diadakan semalam, Mohd Sharim menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh 13,872 undi.

Pencabarnya dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, mendapat 137 undi.

  • Lagi berita berkaitan PRK DUN Chini
  • Disiarkan pada: July 5, 2020 @ 3:31pm
    d