mutakhir

Lelaki maut, isteri parah

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

LELAKI maut, manakala isterinya parah selepas dua kereta bertembung di Kilometer 40 Jalan Beruas-Taiping, Beruas dekat Manjung, malam tadi.

Kejadian berlaku pada 7.40 malam, menyebabkan Hazman Abdul Hamid, 47, yang memandu Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.

Isterinya berusia 48 tahun parah di kaki dan tangan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untk rawatan.

Turut parah, pemandu kereta Proton Preve berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira dinaiki suami isteri itu dari arah Pantai Remis memasuki laluan bertentangan.

"Kereta mangsa kemudian gagal mengelak dan bertembung Proton Preve di laluan berkenaan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi dan isterinya parah. Pemandu Proton Preve yang juga lelaki parah di kepala," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak memaklumkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis dikerah ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2020 @ 9:10am
d