mutakhir

7 September keputusan representasi tuntutan palsu insuran [METROTV]

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

MAHKAMAH Majistret Jeli hari ini menetapkan 7 September depan sebagai tarikh keputusan representasi dua wanita yang didakwa membuat laporan polis palsu untuk tujuan tuntutan insuran Oktober 2016.

Majistret Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menetapkan tarikh itu selepas pihak peguam memohon tarikh representasi.

Tertuduh, Siti Faridah Besar, 51, diwakili peguam Renuka Krishnamy dan Ayasamy Velu.

Manakala, Siti Meriam Samat diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membuat laporan polis palsu untuk tujuan tuntutan insuran dari Etiqa Insurance Berhad yang diketahui palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli jam 2.12 petang pada 8 Oktober 2016.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ho Zee Xing.

Disiarkan pada: July 6, 2020 @ 2:45pm
d