mutakhir

Hanya seorang rakyat Malaysia dari luar negara dirawat di hospital

Oleh Rafidah Mat Ruzki

HANYA seorang daripada 375 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air semalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dibawa untuk dirawat ke hospital.

Menteri Kanan (Kesihatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 374 yang lain kini menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing.

Beliau berkata, sejak 10 Jun lalu hingga semalam, seramai 13,288 orang sudah pulang ke tanah air melalui pintu masuk KLIA.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 13,236 individu diperintahkan menjalani kuarantin di rumah dan 52 lagi dibawa ke hospital.

"Pada 7 Julai (hari ini), sebanyak 375 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari China, Indonesia, Jepun, India dan Qatar," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 13 operasi sanitasi, membabitkan 11 zon dilakukan di lima negeri termasuk Sabah (5), Melaka (4) dan Sarawak (2).

Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 4:48pm
d