mutakhir

Ditemui mati dengan kesan kelar di tangan

Oleh Zuliaty Zulkiffli

SEORANG lelaki ditemui mati dalam kenderaan Toyota Unser dengan kesan kelar di tangan di kawasan parkir Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mayat lelaki itu ditemui pada 6.48 petang.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk penumpang belakang di dalam kenderaan milik si mati dengan keadaan enjin masih hidup.

"Pemeriksaan lanjut menemui sebilah pisau jenis 'slide' dan terdapat kesan darah di mata pisau di bahagian pintu sebelah kanan pemandu.

"Kad rawatan hospital si mati turut berada di tempat simpan barang di bahagian tengah kerusi hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, setakat ini pihaknya sedang mengesan waris si mati berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 11:03pm
d