mutakhir

Denda RM231,200 kerana buat tuntutan palsu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

SEORANG pegawai tadbir dijatuhi hukuman denda RM 231,200 dan 4 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan membuat tuntutan palsu sebelum ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tertuduh, Mohd Hizamddin Jaafar yang berkhidmat di International Council For Scientific Union, Regional Office of Asia and Pacific (ICSU-ROAP) dituduh mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Jalan Duta di sini tadi.

Tertuduh sebelum ini didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah RM46,240.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman denda RM231,200 dan empat bulan penjara bagi setiap pertuduhan selepas Mohd Hizamddin mengaku bersalah.

Tertuduh turut akan dikenakan tambahan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda berkenaan.

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 2:45pm
d