mutakhir

Harga RON95, RON97, diesel naik

Oleh BERNAMA

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 naik tujuh sen seliter, masing-masing kepada RM1.72 dan RM2.02 seliter manakala diesel turut naik tiga sen kepada RM1.87 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 17 Julai ini.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kenaikan itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 5:28pm
d