mutakhir

Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SEORANG lelaki dan wanita ditahan secara berasingan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 38 hingga 43 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi.

Menurutnya, seramai 516 pengguna jalan raya dan 500 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

"Dua individu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan dan 16 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 45 (a) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: July 11, 2020 @ 12:04pm
d