mutakhir

RIS kempen pembelajaran dalam talian

PANDEMIK Covid-19 dan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, membuatkan Rizq Islamic School (RIS) tanpa rasa kekok segera mengaktifkan penggunaan sekolah dalam talian.

RIS terbukti menjalankan proses pembelajaran secara dalam talian dengan jayanya.

Sekolah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah lebih awal dalam perancangan sejak 2017 dalam pembangunan 'e-learning program' yang dikenali Rizq Virtual School (RVS).

RVS adalah perpustakaan bijak dalam talian yang berpusatkan kepada 'blended learning' atau 'guided self learning' iaitu memberi ruang kepada kanak-kanak belajar mengikut tahap dan kecenderungan masing-masing.

Selain mempunyai tiga ciri utama seperti pendekatan dan penggunaan teknologi maklunat (IT), pendekatan belajar sambil bermain dan pendekatan berciri Islamik dan tahfiz moden.

Menariknya, pendekatan video, audio, nota interaktif, permainan dalam talian dan Augmented Reality (AR) disediakan lebih awal di dalam RVS dan sentiasa dikemaskini dari segi bilangan dan kualitinya setiap masa.

Pengurus Besar RizQ, Mohamad Fahmi Ahmad Naim berkata, dari segi pengalaman penyediaan bahan dan pemilihan, pihaknya sentiasa berbincang dan menangani setiap kekurangan dan masalah kecil yang berlaku agar ditangani awal.

"Pihak kami juga mendapat pandangan, nasihat dan beberapa idea penambahan pembangunan khususnya kandungan pembelajaran dari pelbagai pihak.

"Sehingga kini, RVS mempunyai hampir 800 klip video dan audio pembelajaran, 1,000 ibook dan nota interaktif, 600 'games', 300 bahan dan terbaru pembangunan AR sekitar 100 bahan asas dan masih ditambah hari ke hari," katanya.

Disiarkan pada: July 11, 2020 @ 11:41pm
d