mutakhir

Enam lelaki dicari polis

Oleh Adnan Ibrahim

POLIS mencari enam lelaki berusia antara 20 hingga 37 tahun kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kejadian jenayah di Kluang sejak 2012.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mereka masing-masing dikehendaki berkaitan kes bunuh, melarikan orang, ragut dan samun berkawan tanpa senjata api selain mendatangkan kecederaan.

Katanya, pihaknya percaya ada di kalangan lelaki berkenaan masih berada di Johor selain menetap di beberapa negeri berhampiran.

"Mereka yang dicari adalah Ong Jin Long, 20, dari Taman Koperasi, Lee Chee Keong, 21, dari Taman Datuk Amar DiRaja yang melakukan jenayah pada 2020 manakala Yathirajan Selvakumran, 30, dari Pekan Layang-Layang (2015) dan Muhammad Shami Ahmad, 32, dari Kampung Baru, Kluang (2015).

"Dua lagi lelaki berasal dari Simpang Renggam ialah Prem Rau Krishnan, 29, (2017) dan Prabu Ramasamy, 37, (2012)," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Disiarkan pada: July 12, 2020 @ 4:48pm
d